Beranda » Bangsa Laut (Phoenisia) Nusantara

Bangsa Laut (Phoenisia) Nusantara




Bangsa Laut (Phoenisia) atau Orang Laut atau pun yang dipanggil Samal-Bajao hari ini, sudah tentu mempunyai gaya hidup yang sama. Dalam sejarah Asia Tenggara, Orang Laut lebih terkenal dengan kepulauan Sulu berbanding lain kawasan adalah disebabkan dominasi para Datu yang berlangsung ribuan tahun dahulu. Hal ini juga turut berlaku dengan struktur masyarakat Sumatra. Orang Laut sangat terkenal ketika dulu di sekitar selat Melaka sehingga memenuhi kepulauan Riau kerana membawa dagangan dari Sulu. Wujudnya nama Datu di Sumatra di kalangan suku-suku kaum Batak adalah hasil perhubungan ribuan tahun dengan orang-orang Sulu. Batak adalah bangsa bertamadun sama dengan bangsa Toraja di Sulawesi. Sekiranya diperhalusi nama bangsa Toraja yang bermaksud Tau Raja sebenarnya adalah keluarga terdekat bangsa Buranun di Jolo Sulu yang terpisah ribuan tahun. Ia sama dengan bangsa Batak di Sumatra. Batak masih mempunyai tulisan nenek moyang mereka sehingga hari ini.
Berbanding Batak, kaum Toraja telah kehilangan tulisan mereka yang asal. Tulisan nenek moyang mereka telah digunakan oleh sepupu-sepipit mereka seperti kaum Bone dan Makassar yang dinamakan lontara Bugis. Bangsa yang punya tulisan sendiri adalah bangsa yang punya ketamadunan yang hebat di masa lalu.
NENEK MOYANGKU SEORANG PELAUT, GEMAR BERLAYAR SBRANG SAMUDRA

Kapal laut Phoenisia atau Orang Laut begitu besar dan canggih. Sehingga abad ke-14 orang-orang Sulug di kepulauan Sulu masih menggunakan bentuk kapal yang sama iaitu muncung depan kapal ditinggikan sebagai pengimbang mata angin. Kapal besar biasanya dipanggil Adjung dan yang lebih kecil dipanggil Parakkua, Sakayan atau Sappit.
Teory Herry Truman adalah benar berdasarkan penelitian dari fakta agama, tradisi lisan, artifak, bahasa dan budaya Nusantara. Hal ini akan menguatkan teori Bangsa Phoenisia berasal dari Nusantara tinggal lagi bagaimana mereka menjadi pelayar dan pedagang antarabangsa ribuan tahun yang lalu masih menjadi tandatanya. Untuk mengesan darimana negara Austris berpusat yang dinamakan Atlantis itu Phoenisia adalah kuncinya. Secara bahasa, Sunda-land bermaksud Pentas-Sunda adalah tanah benua kerana keadaan geografinya yang bersambung dengan tanah besar. Ia hanya perbatasan menuju ke kepulauan di sebelah timur. Kemajuan dalam teknologi dunia pelayaran tidak akan tercapai di Sunda-land kecuali mereka bergerak ke timur. Bani Adam bermula di Papua dan disinilah lahirnya Nabi-nabi yang awal. Mereka inilah juga yang dipanggil sebagai bangsa Mela @ Mala yang terawal.
Bani Adam sebelum Nuh a.s. sudah memang pandai berperahu dan belayar di laut ribuan tahun yang lalu. Kehidupan Noh a.s. sendiri tentunya dibesarkan dikepulauan sebab itu mengapa kaumnya terlalu handal membuat kapal. Teknologi sudah maju ketika itu sehingga dikatakan peralatan logam yang dipercayai bateri telah ditemui di sisi tapak kapal yang mendarat di pergunungan Turkey. Hal ini kita perlu bertanya pula pada Bangsa Maya di Peru yang terletak dalam benua Amerika, dari manakah asal-usul bangsa mereka?
Nama Phoenisia dari mana diambil? Sebenarnya ia diambil dari kata PUNT yang disebut oleh Raja-raja Mesir Purba iaitu Fir’aun. Kita lihat apa kata mistisfiles.blogspot.com tentang Punt,
“Punt pada mulanya dianggap terletak di Afrika tetapi penemuan bentuk badak sumbu di relief pada kuil di Luxor yang mempunyai hanya satu sumbu adalah menunjukkan ciri-ciri badak Asia, bukan badak Afrika! Ketika ekspedisi Hatshepsut pada kurun 15 Sebelum Masehi, dicatatkan pada relief pada tembok kuil bahawa Nehesi telah mengetuai ekspedisi ke Punt mewakili Ratu Hatshepsut. Ketika itu Punt diperintah oleh Raja Perehu (King Parahu) dan Permaisuri Hati (Queen Ati).”
Dimanakah lokasi sebenar bangsa Parahu yang diperintah oleh Raja Perehu itu? Didalan dunia bangsa yang dipanggil Pala’o atau bangsa berperahu ini adalah disekitar kepulauan Sulu hari ini. Sebutan Sulug terhadap Parahu ialau Palau @ Pala’u @ Pala’o. Sekiranya anda masuk ke ruang Google Earth membuat carian dengan menaip PALAU, Google akan menunjukkan tempatnya ialah antara kepulauan Filipina dan Irian Jaya atau Papua Indonesia hari ini.
PUNT berasal dari kata Phoenyx sejenis burung lagenda yang dikaitkan dengan kekuasaan, kebebasan dan tuah yang baik. Sifat burung yang bebas terbang di udara adalah sama dengan bangsa Phoenisia yang bebas dibawa angin di lautan luas sehingga dengan mudah belayar mengelilingi glob. Di Kepulauan Sulu dari Luzon Filipina ke Borneo sehingga ke Irian Jaya kebiasaan manusia purba yang kita panggil Dayak dan Ayta hari ini menggunakan bulu burung Enggang (Hornbill), helang dan beberapa burung lagi yang besar-besar termasuk burung Merak dan Cenderawasih, digunakan sebagai perhiasan kepala dan pedang mereka sebagai lambang kekuatan dan kepahlawanan.
Phoenyx juga membawa maksud burung Garuda atau “Sumayang Galura” dalam bahasa Sulug dijadikan lambang sebagai simbol kehebatan dan kekuasaan. Inilah kepercayaan purba oleh anak-anak Adam yang mengagumi “Phoenyx” di negara kepulauan. Simbol yang kekal hari ini pada bangsa Dayak. Inilah perhiasan kaum lelaki bangsa Atlantis sejak dahulu kala lagi. Bulu burung Enggang disusun rapi dijadikan topi malah ulu parang atau pedang mereka diukir dengan imej burung mengikut kegemaran mereka termasuklah tatu. Dalam bahasa Sulug perkataan Punt-uk digunakan kepada puncak atau Pemimpin Tertinggi. Maka pemakian topi dengan menggunakan bulu burung Enggang diistilahkan sebagai orang yang berani dan sanggup menerima cabaran sesiapa sahaja. Pun dalam bahasa Sulug sendiri membawa makna “himpun”, adalah sesuai gelaran tersebut kepada Phoenisia yang menghimpun barang-barang dagang untuk dibawa ke seluruh dunia.

Yuddy Aditiawan




Powered by Blogger.